> > Politeknik Nilai anjur i-CARE persediaan hadapi latihan industri
Politeknik Nilai anjur i-CARE persediaan hadapi latihan industri
NORFAZIL AHMAD, PNS Khamis | 11 Julai 2019

BANDAR ENSTEK - Dalam usaha mempersiapkan penuntut menghadapi latihan industri, Politeknik Nilai (PNS) telah menganjurkan Internship & Career Program (i-CARE) yang berlangsung di Dewan Kuliah Utama PNS baru-baru ini.

Pengarah PNS, Nazri Idris berkata program berkenaan dianjurkan sebagai persediaan kepada penuntut yang sebelum ini tidak pernah terdedah dengan suasana pekerjaan sebenar sebaliknya hanya belajar di bilik kuliah selama 2 tahun setengah.

“Terdapat dua objektif utama yang diketengahkan dalam program ini iaitu mengenai bagaimana penuntut akan membawa diri dalam suasana pekerjaan dan seterusnya boleh dipertimbangkan untuk diserap sebagai pekerja tetap.

“Selain itu program turut menyediakan keperluan terkini yang perlu ada dalam diri setiap penuntut bagi memenuhi permintaan pasaran kerjaya yang sentiasa berubah sejajar perkembangan teknologi pada hari ini,” katanya.

Program yang dianjurkan menerusi Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) dan Unit Corporate Industrial Services & Employability Centre (CISEC) dengan kerjasama ALUMNI PNS itu melibatkan 500penuntut semester 5 yang terdiri daripada pelbagai jabatan pengajian.

Sempena program berkenaan, tiga orang panel dijemput untuk berkongsi pengalaman dan membincangkan keperluan terkini dunia kerjaya iaitu Pengerusi Syarikat Transair Academy International Sdn Bhd, Datuk Sri Dr Muhamad Rosli Che Wan; Pengarah Komunikasi Kellogs Asia Products Sdn Bhd. Saiful Mazuary dan Pengerusi Asean Development Corporation, Datuk Seri Donnie Too.

Sebanyak 12 industri terlibat dalam program ini untuk mengadakan sesi temuduga antaranya CTRM Aero Composite Sdn Bhd, Prudental BSN, Sabiha Wealth Management, Nilai University, My Hero Hypermarket Sdn Bhd, Ecoworld Sdn Bhd.

Sementara itu peserta program, Mohd Hakimi Zulkifly berkata dirinya mengambil peluang menyertai program ini kerana mahu mendapatkan panduan dan pengetahuan sebelum menjalani latihan praktikal.

“Persekitaran pekerjaan pada hari ini sangat kompetitif, jadi setiap penuntut perlu memperkemaskan diri dengan pelbagai kemahiran dan pengetahuan dan menerusi program ini sedikit sebanyak ilmu yang dikongsi oleh ahli panel boleh membantu kami bersedia seterusnya bersaing dalam dunia pekerjaan kelak,” katanya.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...