> > Bidang Radiografi lahirkan profesion juru X-ray
Bidang Radiografi lahirkan profesion juru X-ray
ZALMIMAZURA ZAHARI Selasa | 16 Julai 2019

Pada awal penubuhannya, bidang ini ditubuhkan bagi memenuhi keperluan pasaran sebagai juru-X-ray yang pada ketika itu masih kekurangan terutama di sektor swasta. Berikutan itu juga, kerajaan telah menguatkuasakan undang-undang, hanya juru-X-ray bertauliah dibenarkan menjalankan pemeriksaan X-ray bagi menjaga keselamatan para pesakit.

Selain itu, bidang ini juga ditubuhkan disebabkan ketika itu tiada lagi Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di negeri Kelantan dan Terengganu yang menawarkan program tersebut.

“Program Diploma Radiografi ini bermula pada 2006 di bawah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan. Pada 2014, program ini kemudiannya diletakkan di bawah Fakulti Sains Kesihatan.

"Secara asasnya, bidang Radiografi ini adalah untuk melahirkan profesion sebagai juru-X-ray atau dikenali Radiografer,” kata Ketua Pusat Pengajian Pengimejan Perubatan, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Kamarul Amin Abdullah @ Abu Bakar.

Dr. Kamarul Amin Abdullah @ Abu Bakar.

Didedahkan situasi sebenar

Menariknya, selain berpeluang bekerja sebagai juru-X-ray, graduan dalam bidang ini juga boleh menceburi bahagian jualan dan pakar untuk peralatan pengimejan perubatan.

“Mereka akan dipanggil sebagai Application Specialist. Antara syarikat yang menyediakan kerjaya ini adalah seperti Siemens Healthcare, Toshiba Medical Systems, Carestream, dan sebagainya.

“Mahasiswa yang mengambil jurusan ini akan diajar mengendalikan peralatan pengimejan perubatan seperti Magnetic Resonance Imaging (MRI), Computed Tomography (CT), Ultrasound, dan Mesin X-ray. Selain itu mereka juga didedahkan dengan cara-cara menjaga pesakit, kemahiran berkomunikasi, menjalani latihan klinikal di hospital-hospital berkaitan.
Pelajar melakukan imbasan X-ray ke atas pesakit.

“Dari situ mereka akan menjalankan pemeriksaan ke atas pesakit sebenar dengan pengawasan staf. Secara tidak langsung memberi pendedahan kepada situasi sebenar yang berlaku di hospital selain dapat menyemai semangat berpasukan dan berkeupayaan menyelesaikan masalah,” katanya.

Kerjasama luar negara

Bagi yang berminat untuk memohon bidang ini, tempoh pengajian adalah tiga tahun dan kelayakan yang diperlukan adalah pelajar lepasan SPM perlu lulus subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik serta mana-mana dua subjek sains (Kimia, Fizik dan Biologi).

Dari segi peluang kerjaya di sektor kerajaan, graduan boleh memohon karier sebagai juru-X-ray dengan Gred U29 manakala untuk ijazah bermula dengan Gred U41.

“Pada yang berminat, pihak kami memang mengalu-alukan mereka yang berminat dalam bidang ini kerana selain mempunyai peluang cerah dalam dunia kerjaya, di UniSZA ada menyediakan makmal radiografi yang lengkap dengan peralatan sebenar seperti di hospital.

“Buat masa sekarang, kita telah pun mempunyai program peringkat ijazah sarjana muda (pra-siswazah) dan juga pasca siswazah penyelidikan (sarjana dan doktor falsafah). Kita juga menjalinkan hubungan antarabangsa dengan universiti luar negara bagi meningkatkan lagi aktiviti pembelajaran dan penyelidikan antaranya Universiti ‘Aisyiyah, Yogjakarta, Indonesia. Insya-ALLAH akan ada lebih banyak lagi perancangan bagi mendapatkan pengiktirafan daripada pihak antarabangsa,” katanya.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...