> TIP SIHAT > Sering dimomokkan susu hanya untuk kanak-kanak, kalangan dewasa termasuk warga emas jangan dilupakan!
Sering dimomokkan susu hanya untuk kanak-kanak, kalangan dewasa termasuk warga emas jangan dilupakan!
NAIMAH MUHAMMAD Rabu | 17 Julai 2019

SUMBER kalsium diperlukan tubuh bagi memastikan aras kalsium dalam darah dan tulang mencukupi. Itu tidak dapat dinafikan. Malangnya, ramai antara kita seperti tidak kisah dan menganggapnya tidak penting.

Pegawai Dietetik, Hospital Universiti Sains Malaysia, Ruqayyah Muhammad mempunyai rantaian penjelasan berhubung kepentingan pengambilan susu.

Ruqayyah tidak menafikan masyarakat sering dimomokkan bahawa susu hanya untuk kanak-kanak. Ramai terlupa bahawa ia keperluan utama sejak bayi hingga dewasa termasuk warga emas.

“Penting bagi setiap orang menjadikan susu sebahagian daripada diet harian. Usah dilupakan walaupun sudah mengambil pelbagai makanan lain.
RUQAYYAH
“Susu atau pun produk tenusu ialah sumber protein yang sangat baik untuk membantu pembinaan otot dan sel tubuh manusia. Ia kaya dengan kalsium, sumber mineral seperti riboflavin, fosforus, zink dan juga magnesium serta vitamin A, B12, D yang sangat penting untuk kelangsungan hidup manusia,” katanya.

Jelasnya lagi, kalsium sangat signifikan dalam pembinaan tulang dan gigi sihat serta memastikan otot dapat berkontraksi dengan baik.

“Ia juga membantu pembekuan darah dan memastikan ritma jantung yang normal,” kata Ruqayyah.

Ruqayyah menambah, pada setiap hari, sekurang-kurangnya 1,000 miligram (mg) kalsium diperlukan.

“Ia perlu diambil orang dewasa bagi memastikan aras kalsium dalam darah dan simpanan pada tulang mencukupi untuk fungsi tubuh berjalan baik.
Kekurangan kalsium lebih tinggi risikonya kepada warga emas untuk jangka masa panjang.

“Sekiranya, aras kalsium darah rendah, kalsium akan dikeluarkan dari tulang untuk memastikan aras kalsium di dalam darah normal. Itu boleh membawa kepada masalah osteoporosis disebabkan tulang menjadi lompong akibat kekurangan kalsium.

“Kekurangan kalsium lebih tinggi risikonya kepada warga emas untuk jangka masa yang panjang,” kata Ruqayyah.

Alternatif

Antara sumber lain untuk mendapatkan kalsium adalah melalui pengambilan sayur-sayuran seperti bayam, sawi, cekur manis, brokoli dan juga kailan.

Jika anda bukan penggemar susu, antara makanan alternatif ialah sayur-sayuran, ikan bilis, sardin, kacang dal kuning dan buah-buahan seperti oren.

Selain itu, kalsium turut kaya dalam ikan bilis, sardin, produk soya seperti tauhu, tempe, fucuk, kacang dal kuning dan buah seperti oren.

Menurut Ruqayyah, satu hidangan susu yang berkualiti tinggi mempunyai sekurang-kurangnya lapan gram protein dan lebih kurang 100 hingga 250 mg kalsium, bergantung kepada jenis dan jenama susu.

“Untuk mencukupkan keperluan protein dan kalsium harian, disarankan pengambilan susu dan produk tenusu sebanyak satu hingga tiga hidangan sehari. Kemudian boleh ditambah daripada sumber makanan lain.

“Namun begitu, terdapat pelbagai susu di pasaran yang telah difortifikasikan dengan kalsium yang mampu memberikan hingga 500mg kalsium dalam satu hidangan susu sahaja. Bermakna dengan dua hidangan susu sehari, kita sudah mampu mencukupkan keperluan kalsium sehari,” jelasnya.

Gambar sekadar hiasan

Sekiranya terdapat individu yang mempunyai masalah ketidaktoleransi laktosa, mereka boleh mengambil susu yang bebas laktosa atau rendah laktosa.

“Masalah ketidaktoleransi laktosa berlaku kepada individu yang kekurangan enzim bagi menghadamkan laktosa dalam susu. Itu antara yang menyebabkan mereka akan mengalami cirit-birit, muntah dan kembung apabila mengambil susu.
Kekurangan kalsium lebih tinggi risikonya kepada warga emas untuk jangka masa panjang.

“Contoh situasi sama juga boleh berlaku apabila orang tua yang sudah lama tidak minum susu dan kemudian mengambilnya,” katanya.

Bagaimanapun, menurutnya pengambilan susu secara berlebihan akan menyebabkan berlaku peningkatan kalori melebihi keperluan.

Seperkara beliau berpesan, pengguna juga perlu mengelak meneguk minuman kesihatan yang tidak pasti bahan kandungannya kerana dikhuatiri boleh merosakkan lagi tubuh badan.

*Artikel dipetik daripada ruangan Medik-Sempena Hari Susu Sedunia (sisipan Sihat:Aktif) terbitan Sinar Harian Rabu 17 Julai 2019

ARTIKEL BERKAITAN: Bahana akibat sikap endah tak endah dengan susu, ini yang perlu anda tahu!


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...