> AKTIVITI KAMPUS > Perlunya pendedahan ilmu protokol dan penulisan teks ucapan
Perlunya pendedahan ilmu protokol dan penulisan teks ucapan
SHAHRIL ANNUAR AHMAD, PTSS Isnin | 22 Julai 2019

ARAU - “Pengetahuan protokol dan penulisan teks ucapan penting dalam menjayakan sesuatu majlis”. Timbalan Pengarah Akademik, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis(PTSS), Roseliza Shaari berkata demikian ketika merasmikan Kursus Protokol dan Penulisan Teks Ucapan mewakili Pengarah PTSS, baru-baru ini di Dewan Cenderawasih, PTSS.

Menurutnya, pegawai dan pensyarah PTSS perlu diberikan pendedahan mengenai protokol kerana mereka sering terlibat dalam program dan aktiviti yang melibatkan protokol dalam pengurusan majlis. Pandangan sesetengah pihak yang menyatakan protokol sesuatu yang sukar dan menyulitkan adalah tidak tepat kerana apabila individu berkenaan memahaminya, ia boleh diaplikasikan kepada pelbagai bentuk majlis lain.

Katanya lagi, penulisan teks ucapan pula penting bagi membolehkan pegawai dan pensyarah menulis teks ucapan yang berkualiti dan bernilai tinggi untuk disampaikan oleh para tetamu kehormat dan juga mengajar penuntut membuat penulisan teks ucapan yang betul agar berkemahiran membuat penulisan teks ucapan yang berkualiti

Menyedari tentang kepentingan kursus ini diadakan, Unit Komunikasi dan Hubungan Korporat telah mengambil inisiatif untuk mengadakan kursus ini

Roseliza Shaari menyampaikan cenderahati kepada Nor Shahidi Ismail penceramah dari Unit Protokol Negeri Perlis.

Menurut Ahmad Razif Abdul Rashid, kursus ini diadakan dengan kerjasama Institut Tadbiran Awam Negara, Kampus Wilayah Utara, Sungai Petani, Kedah, Unit Protokol Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan Institut Perguruan Guru, Perlis.

“Kursus ini dianjurkan untuk memberi pengetahuan yang mendalam kepada Ahli Mesyuarat Pengurusan PTSS dan pensyarah tentang protokol dalam pengurusan majlis sempena Majlis Konvokesyen PTSS kali ke 13 yang akan diadakan penghujung Julai ini,” katanya.

“Saya telah mendapat pengetahuan yang baru setelah menyertai kursus ini. Sebenarnya protokol bukanlah perkara yang sukar seperti dibayangkan. Sekiranya kita mengetahui prinsipnya, ia dapat di aplikasi dengan mudah dan berkesan dalam menjayakan sesuatu majlis,” kata salah seorang peserta, Nadzri Che Kamis.

Seramai 47 orang pegawai dan pensyarah PTSS terlibat dalam kursus yang telah diadakan ini yang berlangsung selama 2 hari.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...