> > Raja Muda Perlis seru institusi pendidikan ketengahkan pelajar bakat baharu bidang sukan
Raja Muda Perlis seru institusi pendidikan ketengahkan pelajar bakat baharu bidang sukan
BERNAMA Isnin | 22 Julai 2019

ARAU - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru semua institusi pendidikan terus mencari bakat-bakat baharu dan membantu pelajar untuk berjaya dalam bidang sukan dengan mengetengahkan mereka ke peringkat lebih tinggi.

Titah baginda, sokongan dan galakan berterusan dalam menyemarakkan lagi bidang sukan akan menjamin kecemerlangan pelajar dalam kejohanan-kejohanan yang bakal diceburi.

Baginda bertitah demikian pada Majlis Penutupan Karnival Sukan Tempur Politeknik Malaysia 2019 di Dewan Harumanis, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) Pauh Putra di sini, hari ini.

Raja Muda bertitah sukan mampu memainkan peranan penting dalam pembentukan keperibadian seseorang pelajar.

“Penglibatan dalam aktiviti sukan adalah pendedahan asas kepada pelajar terhadap amalan gaya hidup sihat dan aktif. Sukan adalah platform terbaik bagi mencungkil potensi serta bakat para pelajar dan ia juga merupakan medium yang efektif untuk pembentukan keperibadian warga belia,” titah baginda.

Menurut Raja Muda penyertaan seseorang pelajar dalam sesebuah kejohanan menuntut mereka supaya memiliki disiplin, komitmen, persediaan mental dan fizikal serta semangat berpasukan yang tinggi.

“Soft skills” ini amat penting dalam mempertingkatkan lagi keupayaan pelajar bagi mengawal diri, mental dan tindakan yang menjadi elemen utama dalam kehidupan.

Raja Muda menyeru generasi muda agar menceburi seni mempertahankan diri sama ada silat, taekwando, judo dan sebagainya kerana kesenian tersebut dapat membentuk jati diri, disiplin, keyakinan diri serta rasa tanggungjawab dalam diri anak muda.

Menurut baginda khazanah bangsa seperti silat perlulah dipelihara dan sentiasa dihidupkan di kalangan generasi muda hari ini agar tidak pupus ditelan zaman bak kata pepatah ”tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas”.

Baginda mengucapkan syabas kepada semua peserta yang telah mempamerkan kehebatan bakat masing-masing dan pada masa yang sama juga dapat jadikan sukan sebagai elemen untuk menyatukan lagi masyarakat serta pembangunan sosial para generasi muda.- Bernama


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...