> 10 tip penting khas untuk para pemandu wanita bagi elak jadi mangsa buli jalan raya
10 tip penting khas untuk para pemandu wanita bagi elak jadi mangsa buli jalan raya
FAIZUL HAKIMI ZULKIFLI Isnin | 22 Julai 2019

SEJAK kebelakangan ini, terdapat macam-macam kes kekerasan melibatkan pengguna jalan raya. Paparan mengenai nasib pemandu wanita memandu sendirian yang menjadi mangsa pembuli jalan raya, penjenayah dan sebagainya bukan satu rahsia lagi. Bacalah surat khabar waima di media sosial. Berlambak cerita sedih dan menakutkan yang dikongsi.

Bagi penulis, paling signifikan, sebagai pemandu, kaum Hawa perlu kekal tenang ketika memandu. Kita kena faham sikap pemandu Malaysia yang tipikal dan mementingkan diri sendiri.

Lebih teruk, ada sesetengah dalam kalangan mereka terlalu angkuh ketika berada di atas jalan raya. Terdapat juga yang bersifat agresif seperti tidak memberi signal, suka menyelit dan brek mengejut meskipun jarak kenderaan di depan masih jauh lagi.

Untuk pengetahuan wanita di luar sana, modus operandi penjenayah yang menyaksikan mereka melanggar kereta yang dipandu wanita sendirian dikatakan masih berterusan.

Selepas sengaja melakukan pelanggaran, lazimnya mangsa akan keluar dari kenderaan dan pada ketika itulah, penjenayah mula jalankan kerja mereka merompak atau menculik.

Memang mudah untuk memberi saranan untuk para wanita membawa teman ketika memandu. Namun, dalam situasi tertentu, hal itu terpaksa tidak diendahkan.

Keadaan tersebut selalunya tidak dapat dielakkan tambahan pula melibatkan wanita berkerjaya yang sering keluar memandu untuk bertemu rakan kongsi atau pelanggan.

Justeru, pada minggu ini, Sinar Turbo akan berkongsi dengan pengguna langkah-langkah yang perlu dilakukan ketika memandu secara sendirian bertujuan mengelakkan diri daripada terjadi perkara tidak diingini.

Lakukan pemeriksaan supaya kenderaan anda betul-betul berada dalam keadaan baik dan patuhi jadual pemeriksaan berkala.

Terdapat beberapa tip penting dan berguna yang boleh dilakukan. Langkah-langkah ialah:

1 Sentiasa pastikan kereta berada dalam keadaan baik dan memuaskan untuk mengelakkan sebarang kerosakan ketika memandu. Hal itu bertujuan mengelakkan anda daripada terpaksa memberhentikan kenderaan jika kenderaan brek down dan keluar dari kereta untuk memeriksa kerosakan.

2 Bawalah telefon mudah alih bersama untuk meminta bantuan jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

3 Pastikan pintu dan cermin kereta sentiasa berkunci dan tertutup rapat.

4 Jangan biarkan beg tangan atau beg kerja berselerak dalam kereta. Letakkan pada tempat yang tersorok seperti di bawah tempat duduk atau di dalam bonet belakang.

Jangan leka bermain telefon pintar dan elak meletakkan beg tangan pada tempat yang mudah dilihat penjenayah.

5 Jangan sekali-kali berhenti untuk bertanya alamat dari orang yang tidak dikenali. Jika anda inginkan bertanya sesuatu alamat atau tempat, tanyalah pada individu dan tempat yang lebih selamat seperti di stesen petrol atau kaunter tol.

6 Jika merasakan anda sedang diekori, kekal tenang dan segera pandu kereta ke balai polis yang berhampiran. Jika perlu, dapatkan bantuan dan segera buat laporan polis.

7 Jangan sesekali mengambil risiko dengan memberi tumpang individu yang tidak dikenali walaupun individu itu ialah seorang wanita. Penjenayah banyak modus operandi dan taktik licik untuk melakukan jenayah. Jangan sesekali terlalu bersangka baik pada orang yang tidak dikenali.

8 Jangan keluar dari kereta jika anda dilanggar secara sengaja oleh pemandu lain. Teknik itu kini sangat popular dilakukan oleh penjenayah dengan sengaja melakukan pelanggaran untuk merompak mangsa yang dilanggar.

Jangan sekali-kali berhenti atau meminta bantuan daripada orang yang kita tidak dikenali.

9 Jika berada dalam kesusahan atau orang yang mencurigakan menghampiri kereta anda, bunyikan hon kereta atau nyalakan lampu depan kereta untuk menarik perhatian orang sekeliling.

10 Jika anda diugut oleh perompak, jangan sesekali mengambil risiko untuk melawan dan serahkan kunci kereta dan wang anda tanpa banyak soal. Namun, catat seberapa banyak butiran yang mampu seperti nombor pendaftaran, jenis dan warna kenderaan yang digunakan penjenayah. Kemudian segera dapatkan bantuan dan pergi ke balai polis yang berhampiran.

*Artikel dipetik daripada ruangan Tip Pengguna (sisipan Sinar Turbo) terbitan Sinar Harian Sabtu 20 Julai 2019


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...