> TRENDING > Terjemahkan simbolik bendera nelayan Jepun, Yoshio Kubo inspirasi untuk berkarya
Terjemahkan simbolik bendera nelayan Jepun, Yoshio Kubo inspirasi untuk berkarya
IZYAN LIYANA MOHD DARIF Isnin | 29 Julai 2019

DIBESARKAN di perkampungan nelayan di Jepun yang dikelilingi alunan deruan ombak memukul pantai dan melihat ragam golongan nelayan memunggah tangkapan hasil laut dari bot ke jeti memberi inspirasi kepada pereka fesyen, Yoshio Kubo untuk berkarya.

Biarpun menuntut ilmu di Universiti Philadelphia, Amerika Syarikat (AS) dalam jurusan sains dan tekstil dan pernah berkhidmat di butik jenama antarabangsa di New York, AS selama empat tahun, namun kecintaannya terhadap seni budaya Jepun tidak terhakis.

Enggan membiarkan keunikan seni lukis dan rekaan fesyen di negara Matahari Terbit itu pupus ditelan zaman tanpa wujudnya inisiatif memulihara warisan, Yoshio tekad meninggalkan New York.

Beliau mengambil keputusan kembali ke tanah air pada tahun 2004 semata-semata untuk memartabatkan rekaan fesyen Jepun di mata dunia. Tidak keterlaluan menyifatkan bahawa perjuangan lelaki itu membuahkan hasil apabila namanya kini dikenali antara pereka fesyen pakaian lelaki tersohor di peringkat antarabangsa.

Daya tarikan beliau adalah terletak pada kreativiti menggabungkan sentuhan moden tanpa meminggirkan seni budaya Jepun. Buktinya, lihat sahaja koleksi fesyen lelaki musim bunga/panas Yoshio Kubo 2020 yang berlangsung di Paris pada baru-baru ini.
Beliau yang gemar menerapkan unsur tradisi pada setiap rekaan menterjemahkan bendera nelayan Jepun, Tairyo-bata dalam bentuk busana lelaki konsep funky, kasual dan santai.

Seperti mana keindahan Tairyo-bata yang banyak bermain dengan rona terang, Yoshio Kubo mempamerkan elemen yang sama pada seleksi jaket dan kardigan.

Motif ikan dan ombak menjadi pilihan utama menghiasi hamparan fabrik nuansa terang seperti hijau, jingga, kuning dan biru. Penampilan jejaka tampak santai apabila dipadankan bersama seluar polos potongan ringkas.

Matlamat Yoshio ibarat serampang dua mata. Selain bergaya, secara tidak langsung pencinta fesyen khususnya di Jepun mempromosi busana tempatan yang sarat dengan elemen tradisional. Jom tinjau sentuhan seni pereka fesyen hebat itu.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...