> IKON > Kurang duit nak beli buku, terpaksa pinjam rakan... kesusahan keluarga pembakar semangat penuntut ini raih anugerah cemerlang
Kurang duit nak beli buku, terpaksa pinjam rakan... kesusahan keluarga pembakar semangat penuntut ini raih anugerah cemerlang
HAMIZA ALBAHRIN (e-WARTA MARA) Selasa | 13 Ogos 2019

NILAI – Kehidupan dalam keadaan yang tidak berkemampuan seperti rakan-rakan yang lain tidak menjadi penghalang kepada pelajar ini untuk mencapai kejayaan.

Mohamed Aidiel Haikal Mat Ziat, 19, telah kehilangan bapanya pada usia tujuh tahun manakala ibunya tidak bekerja bukanlah menjadi penghalang kepada Aidiel untuk mencapai kejayaan yang diimpikan, sehinggalah Aidiel diangkat salah seorang penerima anugerah cemerlang dalam program International Baccalaureate (IB) pada Majlis Graduasi 2019 Kolej MARA Banting baru-baru ini.

“Saya amat berterima kasih kepada MARA kerana memberi peluang kepada saya dan rakan-rakan untuk mengambil kursus IB di Kolej Mara Banting kerana program ini sangat bagus untuk pelajar-pelajar seperti kami yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara.

“Sebagai seorang yang berasal daripada kampung, peluang ini merupakan peluang keemasan yang sangat bernilai untuk saya," kata anak kelahiran Kodiang, Kedah ini.

“Saya tidak perlu membuat kerja sambilan kerana elaun yang diberikan oleh Majlis Amanah Rakyat kepada saya pada setiap bulan sudah pun mencukupi dan saya tidak perlu lagi untuk meminta wang daripada keluarga” katanya.

Menurut Aidiel, bagi mencapai sesuatu kejayaan bukan sahaja usaha yang diperlukan namun setiap manusia perlu menjaga hubungan dengan Allah. Doa ibu bapa juga merupakan senjata untuk seseorang pelajar mencapai kejayaan.

Seorang lagi pelajar yang datang daripada keluarga yang tidak berkemampuan, Muhammad Alif Othman, 19, telah menerima anugerah cemerlang Sijil Asasi Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Ayahnya yang bekerja sendiri dan ibu tidak bekerja menjadi pembakar semangat untuk beliau terus berusaha bagi mengubah nasib mereka sekeluarga.

“Saya rasa amat berbangga dan bersyukur kerana telah menerima anugerah pada hari ini atas bantuan keluarga, guru-guru dan rakan yang baik sepanjang saya belajar Peringkat Asasi di Kolej Mara Banting.

“Saya berterima kasih kepada Majlis Amanah Rakyat kerana membiayai pembelajaran saya sehingga saya menyambung Ijazah di UTM kelak,” kata anak kelahiran Felda Segamat ini.

“Cabaran yang saya hadapi sepanjang saya belajar ialah kekurangan wang untuk membeli buku, tetapi saya mampu menyelesaikan masalah tersebut dengan meminjam buku daripada rakan-rakan.

“Antara tips untuk berjaya ialah sentiasa menjaga solat dan berdoa kepada Allah, pemilihan rakan yang baik juga penting kerana rakan yang baik dapat membantu membimbing kita,” katanya.

Alif menyatakan bahawa ayahnya merupakan pembakar semangat kepadanya untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. Beliau akan berusaha sedaya upaya untuk mengubah kekurangan keluarganya pada masa akan datang.

Majlis Graduasi Kolej MARA Banting ini telah berlangsung di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia dan telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Mohamed Roseli Dol yang merupakan Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA.

Sumber: e-WARTA MARA


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...