> AKTIVITI KAMPUS > HiREG dan Hurvellen lakar kejayaan di konvensyen (KIKHB'19)
HiREG dan Hurvellen lakar kejayaan di konvensyen (KIKHB'19)
ROZER MASUDIN, PMM Khamis | 22 Ogos 2019

Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif Horizon Baharu Peringkat Kebangsaan 2019 (KIKHB'19) telah melabuhkan tirainya dengan acara penutupan. KIKHB’19 ini telah berlangsung dengan jayanya di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah. Sebanyak 41 pasukan telah menyertai pertandingan yang dianjurkan dalam dua kategori iaitu, Kategori Penyampaian Perkhidmatan dan Kategori Sosial.

Dalam pertandingan tersebut, Politeknik Merlimau, Melaka (PMM) telah diwakili oleh dua kumpulan iaitu Kumpulan HiREG dengan produk papan permainan adaptasi daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW (Hijrah Rasulullah Education Board Game) dan Kumpulan Hervullen dengan produknya Sensor Water Dispenser merupakan inovasi yang dibuat hasil daripada keperluan masa kini mengenai water dispenser.

Hasbullah (dua kiri) semasa di pertandingan KIKHB 2019.

Ketua Kumpulan HiREG, Mohamad Hasbullah Mustafa, berkata projek inovasi yang diketengahkan tersebut adalah sebuah inovasi ‘Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM) Islamik Berasaskan Permainan (edutainment)’ yang dikenali sebagai Hijrah Rasulullah Education Board Game (HiREG).

“Produk ini telah berada di pasaran sejak bulan Mei 2019 bagi 1000 unit, kesemua unit telah terjual dalam tempoh 3 bulan dan sebagai keuntungan yang diperolehi ialah RM35,000 dan unjuran setahun keuntungan jualan HiREG ialah RM140,000. HiREG boleh dicapai untuk pembelian di mana-mana media elektronik seperti FB dan e-shopping medium iaitu shopee,” katanya ketika ditemui.

Tambah beliau lagi, HiREG telah melaksanakan proses hak cipta sebagai langkah perlindungan produk tersebut.

“Inovasi ini telah membuahkan hasil apabila KIKHB 2019 melayakkan HiREG mendapat tempat ke-3 bagi kategori Bidang Sosial (Penciptaan atau Penambahbaikan), Johan kategori pameran dan dianugerahkan pingat emas. Terima kasih diucapkan kepada semua ahli kumpulan HiREG iaitu Ustaz Mohamad Faizal Ahmat, Ustaz Mohd Faizal Mat Pesa, Dr. Aspalilla Main dan Rodzah Yahya,” katanya.

Kumpulan HiREG dan Hervullen bergambar bersama.

Sementara itu, dalam kenyataan lain, ketua kumpulan Hervullen, Mohd Razali Hassam berkata, bagi projek kumpulan beliau iaitu inovasi Sensor Water Dispenser bertujuan dapat membantu mengisi air pada bekas dalam kadar yang bersesuaian melalui sistem pengesan dan terdapat beberapa fungsi lain pada sensor ini.

KIKHB’19 merupakan acara tahunan yang diadakan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti bagi tujuan memberi pendedahan kepada peserta berkenaan penambahbaikan penyampaian perkhidmatan awam dan memberi penghargaan kepada peserta bagi penghasilan pendekatan baharu dan berbeza dalam melaksanakan dasar dan perkhidmatan.

Selain itu, melalui penganjuran KIKHB’19 ini juga dapat memberi pendedahan kepada para peserta dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran seperti kemahiran berfikir secara kreatif, kemahiran mengaplikasikan kaedah dan teknik dalam penghasilan projek dan pengetahuan berkaitan pengembangan projek. Peserta juga berpeluang mengumpul idea yang kreatif dan inovatif dalam satu platform khusus untuk perkongsian maklumat dan kepakaran melalui pertandingan yang telah berjaya dilangsungkan ini.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...