> UTARA > Miliki kelayakan tinggi tetapi sandang jawatan rendah, CUEPACS cadang kenaikan gaji
Miliki kelayakan tinggi tetapi sandang jawatan rendah, CUEPACS cadang kenaikan gaji
BERNAMA Jumaat | 23 Ogos 2019

LANGKAWI - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) hari ini mencadangkan supaya kerajaan menimbangkan pemberian satu kenaikan gaji tahunan kepada penjawat awam yang memiliki kelayakan tinggi namun menyandang jawatan dengan syarat pengambilan lebih rendah.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata saranan itu dilihat bersesuaian kerana ada penjawat awam sekarang memiliki kelayakan seperti diploma dan ijazah namun memegang jawatan dengan menggunakan kelayakan lebih rendah seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"CUEPACS tidak ada statistik jelas, cuma sebahagian besar pengambilan baharu sekarang memiliki kelayakan tinggi daripada kelayakan asas, kalau syarat jawatan tersebut hanya SPM tetapi penyandang sebenarnya ada diploma dan ijazah. Sepatutnya kerajaan menimbangkan kadar upah yang lebih baik kepada penjawat awam ini untuk menyaingi kos sara hidup pada masa sekarang. Jadi kita tuntut supaya kerajaan menimbang insentif satu kenaikan gaji sebagai tambahan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Sesi Santai Bersama Presiden CUEPACS sempena Persidangan Perwakilan Dwitahunan Kesatuan Kebangsaan Pembantu Tadbir Kesihatan Semenanjung Malaysia kali ke-14, di sini hari ini.

Sementara itu, Azih berkata CUEPACS juga melihat keperluan agar kerajaan mewujudkan sekolah pengurusan stres di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) supaya dapat menangani masalah penjawat awam tertekan semasa dalam perkhidmatan mereka.

Beliau berkata pihaknya amat terkesan dengan keadaan penjawat awam dalam beberapa agensi kerajaan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang kadangkala terpaksa bekerja dalam keadaan tekanan.

"Situasi stres ini berlaku kerana mereka terpaksa bekerja dalam keadaan kakitangan tidak cukup, saya beri contoh di sebuah klinik di Wilayah Persekutuan hanya ada tujuh pekerja tetapi pesakit ramai setiap hari. Keadaan ini seterusnya menyebabkan kakitangan tertekan dan akhirnya mereka mempunyai kad rawatan psikiatri.

"Solusi pertama yang kita minta ialah supaya kerajaan menimbang mewujudkan sekolah pengurusan stres di INTAN. Kedua kerajaan perlu lihat struktur dan perkhidmatan agensi yang berhadapan dengan stres seperti KKM dan KPM, kakitangan tak cukup sedangkan perkhidmatan perlu diberikan," katanya.- Bernama


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...