> > Walau terpaksa berkorban fizikal dan mental, bakal doktor ini tetap berbakti di pinggir Bangalore
Walau terpaksa berkorban fizikal dan mental, bakal doktor ini tetap berbakti di pinggir Bangalore
AHMAD IBRAHIM Selasa | 27 Ogos 2019

Terlibat aktif sebagai sukarelawan dan pada masa yang sama bergelar mahasiswa bukanlah sesuatu yang mudah. Namun demi membantu komuniti setempat, ada yang sanggup berkorban fizikal dan mental untuk tujuan murni itu.

Bagi mahasiswa perubatan Tahun Empat di International Medical School (IMS), Management & Science University (MSU), kampus Bangalore, India, Muhammad Azim Othman tidak membataskan pendidikan dalam kuliah semata-mata, sebaliknya ilmu dan pengalaman luar kampus juga sama pentingnya.

“Bidang perubatan menuntut pengorbanan sama ada secara fizikal dan mental yang menuntut fokus secara berterusan sepanjang lima tahun pengajian. Walau bagaimanapun, ini tidak membataskan penglibatan saya secara lebih aktif dalam pelbagai aktiviti komuniti. Pelbagai pengalaman bermakna telah saya peroleh melalui pembabitan sebagai Presiden Projek HOPE sejak 2016 lagi.

“Projek HOPE membolehkan kami berbakti kepada komuniti memerlukan di sekitar pinggir Bangalore menerusi aktiviti-aktiviti kesukarelawan meliputi sumbangan bantuan wang tunai dan barangan keperluan asas, ceramah motivasi dan pendidikan, ceramah penjagaan kesihatan dan kebersihan, gotong-royong membersihkan rumah kebajikan dan lain-lain,” katanya.

Muhammad Azim (depan, dua dari kanan) bersama teman-teman sekuliah di International Medical School (IMS), Management & Science University (MSU), kampus Bangalore, India.
Muhammad Azim yang juga Exco Publisiti dan Informasi, Exco International Medical School Association (IMSA), kampus Bangalore turut terlibat dalam pelbagai aktiviti sukan dan rekreasi anjuran MSU dan komuniti setempat seperti Adrenaline Rush 2018 yang pernah memenangi pingat emas tenpin boling; futsal dan bola tampar; larian separuh marathon Ajmeera Thump 2018; serta International G-Challenge, pendakian ke puncak Karnataka, puncak kedua tertinggi di Bangalore.

Menurutnya, walaupun ada yang berpandangan bahawa penglibatan aktif mahasiswa dalam kegiatan kokurikulum akan memberikan kesan negatif kepada pengajian, hakikatnya perkara itu adalah tidak benar. Paling utama adalah membahagikan masa secara bijaksana.

“MSU memberikan saya peluang untuk terlibat dalam pelbagai bentuk aktiviti termasuk kepimpinan dan sukan tetapi dalam masa yang sama turut memberikan penekanan khusus

melalui proses pembelajaran menyeluruh yang mana pendekatan yang digunakan para pensyarah amat berkesan dan efektif,” katanya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...