> > Terpaksa buang tulang kaki….walau berstatus OKU Mohd Fais mahu berdikari
Terpaksa buang tulang kaki….walau berstatus OKU Mohd Fais mahu berdikari
ZALMIMAZURA ZAHARI Jumaat | 30 Ogos 2019

Disangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Tak menduga kehidupan normal yang dilalui sebelum ini 'diragut' kesan penyakit yang dialami.

Disahkan menghidap penyakit kanser tulang tahap 1 di usia muda, satu keputusan terpaksa dibuat demi menyelamatkan nyawanya.
Mohd Fais ketika menerima rawatan di hospital.

Mohd Fais Abd Aziz, 27, bekas penuntut Diploma Kejuruteraan Mekanikal dari Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) yang juga mahasiswa di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berkesempatan berkongsi kisahnya bersama Kampus Uols.

“Ketika di usia 16 tahun status kehidupan saya berubah dari seorang yang normal saya dikategorikan sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) Fizikal. Ini kerana tulang kaki kanan saya terpaksa dibuang.

“Walaupun berat untuk menerima hakikat itu, namun bagi memastikan kanser tidak terus merebak, saya perlu membuat pembedahan untuk membuang tulang kaki kanan yang rosak dan digantikan dengan besi. Selepas menjalani pembedahan dan mengikuti rawatan kemoterapi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selama setahun, alhamdulillah syukur kepada ALLAH saya semakin pulih dan kini sudah bebas kanser,” katanya yang berasal dari Perak ini.

Mohd Fais kini sudah sembuh dan bebas kanser.

Anak kepada pasangan Abd Aziz Ishak, 60, dan Faridah Mahamud, 50, ini berkata walaupun dirinya dikategorikan sebagai OKU, namun dia sangat optimis dan positif dengan kehidupannya.

Saya tidak mahu menjadikan kekurangan ini sebagai halangan untuk saya berjaya dalam apa jua yang saya ingin lakukan. Saya ingin mencabar diri untuk melihat sejauh mana kemampuan yang boleh saya capai. Sebab itu saya lebih suka berdikari dan tidak menyusahkan ibu dan ayah. Lagi pula ayah sudah bersara sebagai anggota polis dan ibu suri rumah sepenuh masa.

“Mungkin juga kerana saya sudah terbiasa buat kerja sampingan selepas tamat SPM, jadi setiap kali cuti semester saya akan cari kerja untuk cari duit lebih bagi kegunaan yuran dan perbelanjaan.

Mohd Fais ketika bekerja sebagai pembantu di sebuah kedai makan.

“Walaupun saya tidak membuat pinjaman PTPTN, dan dapat tajaan biasiswa OKU, tetapi saya tidak boleh mengharapkan tajaan biasiswa semata-mata. Sekurang-kurangnya dengan adanya duit hasil kerja sampingan ini dapat menampung apa yang kurang.

“Antara kerja sampingan yang saya pernah buat iaitu bekerja sebagai pembantu kedai makan di Rehat dan Rawat (R&R) Tapah, Restoran makanan segera, pernah juga berniaga takoyaki, nasi ayam kukus di tepi jalan dan pasar malam. Saya juga membantu ibu berniaga kuih dan serunding ikan bilis,” kata anak kedua daripada tiga orang adik-beradik ini.

Akui Mohd Fais, niatnya untuk bekerja selain menjana pendapatan sendiri, apa yang lebih penting dia berasa seronok bila mana hasil daripada titik peluhnya itu turut dikongsi dengan berbelanja bersama keluarganya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...