> > Status OKU tidak halang siswazah UiTM ini menyemarakkan kemerdekaan dengan agih aiskrim bendera percuma
Status OKU tidak halang siswazah UiTM ini menyemarakkan kemerdekaan dengan agih aiskrim bendera percuma
ROSILAWATI ROSEDI Selasa | 3 September 2019

TEMERLOH - Kecacatan tidak menghalang seorang pemuda yang juga orang kurang upaya (OKU ) untuk menyemarakkan sambutan kemerdekaan.

Abdul Rahman Zaini, 30, dari Lanchang yang mengalami kecacatan kaki spina bifida sejak lahir itu mengagihkan aiskrim Jalur Gemilang kepada pengunjung secara percuma di Pasar Malam Lanchang.

"Saya harap keamanan, kemajuan dan keharmonian yang dicapai oleh Malaysia selama ini dapat dipertahankan.
446793
"Saya juga akan terus berusaha untuk cipta lebih banyak kejayaan. Kekurangan diri yang ada bukan jadi masalah," katanya.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam itu kini bergelar usahawan dan memiliki jenama sendiri iaitu Aiskrim Kenangan sejak tahun lalu.

Anak bongsu daripada empat beradik itu juga pernah menjadi pensyarah sambilan dan turut membuka kedai aksesori telefon di Kampung Bongsu, Lanchang.

Bagaimanapun, katanya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SM Corp) banyak membantu untuk meningkatkan perniagaannya.

"Saya harap lebih ramai remaja dan golongan OKU mempunyai semangat juang gitu dan melakar kejayaan dalam bidang masing-masing," katanya.

Terdapat lebih 20 pilihan perisa bagi aiskrim dijual Abdul Rahman dan sering menerima tempahan terutama untuk majlis perkahwinan dan keraian di negeri ini selain berniaga di pasar malam dan pekan sehari.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...