> PERAK > UPSI wakili Malaysia ke Cheonnan World Dance Festival 2019
UPSI wakili Malaysia ke Cheonnan World Dance Festival 2019
WARTAWAN SINAR HARIAN Rabu | 4 September 2019

TANJUNG MALIM - Pelbagai pencapaian serta pengalaman yang diraih menerusi pertandingan dalam dan luar negara, melayakkan Fakulti Muzik dan Seni persembahan (FMSP) Dance Group, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mewakili Malaysia ke Cheonnan World Dance Festival 2019 di Cheonan, Korea Selatan yang akan berlangsung pada 23 September hingga 1 Oktober 2019.

Dekan Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, Profesor Madya Dr. Kipli Abdul Rahman berkata, penyertaan selama 14 hari membabitkan 26 pelajar dan dua pensyarah fakulti itu adalah berikutan kemenangan UPSI di Pertandingan Festival World of Colours (FESCO) 2018 lalu.

Menurut beliau, sebanyak lima tarian pelbagai kategori akan dipersembahkan iaitu Tarian Perarakan - Tarian Rakyat Tari Tempurung, Persembahan Utama - Tarian Etnik Sarawak ‘ Sigar Nyikoh Jojak’, Tarian kategori Individu - Funny Dance, Persembahan Showcase – Tari Pergaulan Melayu (Joget), dan Tarian Kategori Duet – Folk/new creation.

“Selain dapat meluaskan kreativiti pelajar, penyertaan ini merupakan peluang baik bagi pelajar UPSI untuk mempelajari dan mengalami sendiri perjalanan proses pengurusan acara seni di peringkat antarabangsa.
"Cheonan World Dance Festival merupakan acara festival antarabangsa terbesar dan menjadi salah satu daripada 10 festival terbaik dalam ratusan festival yang dianjurkan oleh Kementerian kebudayaan, Sukan dan Pelancongan republik itu dengan kira-kira 5500 penari menyertainya," katanya.

Ia berfungsi sebagai platform untuk meraikan peserta dari seluruh dunia dengan kepelbagaian, budaya dan keunikan melalui aktiviti seni dan kebudayaan.

Dalam perkembangan yang sama, pasukan itu turut diundang untuk mengadakan persembahan di The 28th Korea Dance Festival yang berlangsung di Daegu, Korea Selatan. Ia adalah karnival terbesar yang memperkenalkan penari, pasukan yang hebat serta membuka peluang kepada penari membina kerjaya semasa memamerkan tarian dan kebolehan mereka.

Antara pencapaian yang diraih kumpulan ini ialah Juara Festival Colours of the World (FESCO) 2018, membuat persembahan utama di International Conference of Dance Education (ICONDE) 2018, mengadakan persembahan di Daegu international Dance festival (DIDF) 2018 - Korea Selatan, dan Muara Festival 2018 – Singapura.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...