> TEMPAT LEPAK > The Kapit's, tempat lepak dan jana pendapatan siswa
The Kapit's, tempat lepak dan jana pendapatan siswa
NUR FADHILAH ISMADI Selasa | 27 Mac 2018

Dari luar, kafe ini sudah menarik perhatian dengan kayu pallet yang menghiasi di setiap ruang sudut dan perabot di dalamnya. Setiap ruang kafe tampak disusun teratur dan selesa membuatkan sesiapa saja boleh pilih tempat yang disukai. Bahkan, tempat duduk yang beragam reka bentuk juga sesuai untuk membawa ahli keluarga, kawan-kawan, pasangan mahupun bersantai secara solo.

Tanggal 20 Mei 2015 merupakan hari bersejarah bagi bekas mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM), Mohamad Shafiq Kamaruddin dengan kejayaan pembukaan rasmi kafe The Kapit’s di Desasiswa Cahaya Gemilang di kampus USM, Pulau Pinang.

Tata hias dalaman berkonsep ala vintage, menjadi daya penarik The Kapit's.
Tata hias dalaman berkonsep ala vintage, menjadi daya penarik The Kapit's.

Bermula dengan kedai berkonsepkan terbuka di Desasiswa Tekun, The Kapit’s kini berubah kepada konsep tertutup ala santai. Berkat usaha dan komitmen usahawan muda ini, The Kapit’s kini dikenali dan sentiasa mendapat permintaan yang tinggi, bukan sahaja dalam kampus Pulau Pinang, malahan orang luar.

Menurut Shafiq, antara menu The Kapit’s yang sentiasa dinantikan dan juga menu utama ialah Ais Krim Goreng selain burger, spageti dan sebagainya.

Menu The Kapit's yang memancing selera.

“Selain itu keistimewaan kafe ini adalah hidangan sajiannya menepati cita rasa pelanggan yang hadir. Pelbagai jenis menu disediakan bagi menarik pelanggan yang mempunyai pelbagai cita rasa. Sebagai contoh ialah menyediakan menu starter, main course hinggalah ke dessert," jelasnya.

Harga mampu siswa kampus

The Kapit’s mempunyai pelbagai pilihan minuman. Malahan harga yang ditetapkan juga murah dan berbaloi. Ia sangat berpatutan terutama bagi mereka bergelar pelajar kampus. Rugi siapa yang tak datang mencuba di sini. Harga yang berpatutan ini rata-rata ramai yang berpuas hati.

Selain menyajikan menu harga mampu, The Kapit's juga memberi peluang pekerjaan kepada kalangan mahasiswa USM.
Selain menyajikan menu harga mampu, The Kapit's juga memberi peluang pekerjaan kepada kalangan mahasiswa USM.

Selain menu, apa yang lebih menarik lagi ialah dekorasi kafe ini diilhamkan sendiri oleh Shafiq berkonsepkan vintage bagi menonjolkan imej The Kapit’s. Bersesuaian gaya hidup masa kini, Shafiq turut memasukkan unsur hipster yang turut menjadikannya tumpuan pengunjung, lebih-lebih lagi bagi golongan muda yang selesa lepak dan bersantai.

Menyentuh tentang lokasi, Shafiq tidak menafikan berkemungkinan akan melebarkan rangkaian The Kapit's ke luar.

“Buat masa ini The Kapit’s hanya dalam USM lagi dan itu merupakan perancangan jangka pendek sebenarnya. Jika ada peluang dan kesempatan, saya akan buka cawangan ke universiti lain,” katanya.

Turut menggabungkan unsur hipster bagi memenuhi cita rasa masa kini.
Turut menggabungkan unsur hipster bagi memenuhi cita rasa masa kini.

Dalam pada itu, menurut Shafiq, selain memenuhi kehendak pelanggan, The Kapit’s sebenarnya secara tak langsung mewujudkan peluang pekerjaan buat mahasiswa USM itu sendiri bagi menjana pendapatan tambahan.

“Staf The Kapit’s kini ada 15 orang, kesemuanya mahasiswa USM kecuali dua orang barista dari luar. Sekurang-kurangnya kafe ini boleh membantu mereka menjana pendapatan selain dari menambah pilihan orang ramai dalam memilih menu hidangan mereka,” katanya.

Mengulas mengenai persaingan, Shafiq berkata, ia situasi sihat dan percaya apa yang diketengahkan mempunyai pengikut dan permintaannya sendiri.

“Mungkin ada persaingannya di sini tetapi setakat ini The Kapit’s masih mendapat sambutan yang memberangsangkan,” katanya.

Penggunaan unsur kayu, antara daya penarik The Kapit's.
Penggunaan unsur kayu, antara daya penarik The Kapit's.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...