> > Agaknya kenapa iPhone jadi tumpuan pelajar?
Agaknya kenapa iPhone jadi tumpuan pelajar?
NUR FADHILAH ISMADI 27 March 2018
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi berbanding Android, terutama bagi golongan pelajar. Pelbagai alasan dan sebab kenapa golongan pelajar ini lebih memilih untuk menggunakan jenama iPhone. Apakah sebabnya? Ikuti pendapat pelajar yang ditemui Kampus Uols.

“Bagi saya, iPhone memiliki semua kriteria yang diinginkan dan sudah pasti reka tertarik dengan bentuk telefon yang dihasilkan. Jadi, kalau pelajar hari ini lebih menitikberatkan jenama telefon pintar mereka, kenapa tidak saya, kan.”

- Nur Liyana Samsudin, 24, Penuntut Sarjana Muda Komunikasi
Sebab aplikasi iPhone lebih memuaskan berbanding Android. Bahkan kualiti gambar juga lebih baik sekaligus fungsi iCloud yang ada memudahkan pemindahan semua data sekiranya nak tukar ke iPhone lain. Sebab itu saya pilih iPhone dari Android.”

- Omar Muhammad Omar, 24, Penuntut Sarjana Muda Komunikasi
“iPhone ni nampak lebih eksklusif dan mahal, malah kawan-kawan yang guna Android akan gunakan iPhone untuk tangkap gambar. Dalam pada itu, kalau iPhone ni hilang, semua data yang ada masih lagi selamat dan boleh diakses.

- Abdullah Mahyuddin, 24, Penuntut Sarjana Muda Komunikasi
“Saya pakai iPhone sebab ikut trend pasaran. Selain itu, peruntukan ruang dan kelebihan yang disediakan oleh iPhone juga menjadikan saya suka pakai iPhone.”

- Nur Faqihah Zahra Mohd Nasir, 19, Penuntut Rancangan Khas Jepun
“Sebab saya lihat hari ini ramai yang menjadi pengguna iPhone. Tambahan itu, harga telefon pintar iPhone yang ditawarkan di pasaran pada ketika ini juga sangat berbaloi untuk seorang pelajar.”

- Wan NurFatihah Wan Othman, 23, Penuntut Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan
“Sama dengan pengguna iPhone lain, semestinya saya pilih iPhone sebab kelebihan yang disediakan tidak ada pada Android. Perisian keselamatan yang lebih tinggi sekaligus menjadikan segala data maklumat yang saya simpan akan terjaga. Kalau telefon saya hilang, iPhone boleh kesan lokasi telefon saya dengan segera.”

- Muhammad Faris Muhamad Krishnan, 24, Penuntut Sarjana Muda Seni Grafik
“Saya pilih iPhone sebab reka bentuk telefon pintarnya lain daripada jenama Android lain. Semestinya juga saya sebagai seorang pelajar akan lebih mementingkan kualiti di samping juga sedikit kejutan budaya dari rakan-rakan pengguna iPhone lain.”

- Wan Nur Fauziana Wan Daud, 24, Penuntut Sarjana Muda Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa
“Saya boleh siapkan segala urusan dan tugasan universiti dengan pantas kerana perincian yang disediakan iPhone yang sangat terkini, terutama dalam segi digital. Sebab itu saya pilih untuk pakai iPhone sehingga kini.”

- Nur Ifarna Nasreen Anvardeen, 24, Penuntut Sarjana Muda Komunikasi
“Pada awalnya saya beli iPhone sebab ikut trend pasaran semata-mata. Kemudian, saya dapati iPhone sememangnya suatu jenama yang bagus dan sehingga sekarang iPhone saya masih diguna dengan baik.”

- Nur Fatimah Zahara Mohd Nasir, 24, Penuntut Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak

Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...