> STAR > Asum 2017: penghargaan dan suntikan semangat atlet UM
Asum 2017: penghargaan dan suntikan semangat atlet UM
Rabu | 4 April 2018

KUALA LUMPUR, 28 Mac - Dua atlit harapan negara ke Sukan Komanwel Gold Coast mendapat suntikan semangat dalam misi mengharumkan nama negara awal bulan depan apabila Ahmad Amsyar Azman dan Amy Kwan Dict Weng masing-masing dinobatkan Olahragawan dan Olahragawati Universiti Malaya (UM) pada Malam Anugerah Sukan UM yang dilangsungkan dengan penuh gilang-gemilang di Sime Darby Convention Centre.

Amsyar, penerjun kelahiran Perlis berusia 25 tahun itu dinobatkan gelaran tersebut atas kejayaan merangkul dua emas pada temasya Sukan Sea Kuala Lumpur tahun lalu dalam acara 1m papan anjal, 3m papan anjal seirama dan perak 3m papan anjal.

Dari kiri-Dr. Zulqarnain, Amy Kwan dan Ir Abdul Rahim.
Dari kiri-Dr. Zulqarnain, Amy Kwan dan Ir Abdul Rahim.

Amy, gimnas berirama kelahiran Selangor berusia 23 tahun itu pula diiktiraf atas pencapaiannya menggondol dua emas dalam acara berpasukan dan reben serta dua perak dalam individu all-around dan gelung pada temasya sama.

Amsyar mengetepikan persaingan sengit dua rakan atlit lain, Haziq Kamaruddin daripada acara memanah dan penembak, Eddy Chew manakala Amy pula mengatasi cabaran sengit dua atlit olahraga, Choo Kang Nie daripada acara lempar cakera dan Elena Goh Ling Yin.

Elena Goh bagaimanapun berjaya dianugerahkan Anugerah Lencana Biru (Pelajar), sementara bagi kategori Olahragawan Staf dimenangi Wan Mohd Arif Wan Mahmood dan Noor Haslinda Mohd Arif (Olahragawati Staf).

Dari kiri-Noor Haslinda, Wan Mohd Arif, Ir Abdul rahim, Dr Zulqarnain, Amy Kwan dan Elena Goh.
Dari kiri-Noor Haslinda, Wan Mohd Arif, Ir Abdul rahim, Dr Zulqarnain, Amy Kwan dan Elena Goh.

Pada temasya di Australia bermula 4 - 15 April, Amsyar dan Amy mengetuai senarai 14 atlit UM daripada lapan jenis sukan dalam misi memperbaiki pungutan enam emas, tujuh perak dan enam gangsa di Glasgow 2014 – akuatik (renang), Tern Jian Han; akuatik: terjun (Pandelela Rinong, Jasmine Lai Pui Yee); badminton (Vivian Hoo Kah Mun, Chow Mei Kuan, Shevon Lai Jemie); bola keranjang (Tai Chia Qian), hoki (Mohd Fitri Saari); skuasy (Sanjay Singh Chal) dan olahraga (Iskandar Alwi, Muhammad Irfan Shamsuddin dan Nauraj Singh Randhawa).

Naib Canselor UM, Datuk Ir. Abdul Rahim Hashim dalam ucapan perasmian ASUM 2017 berkata, “Saya amat berbangga dengan pencapaian-pencapaian atlet-atlet Universiti Malaya yang telah mengharumkan nama negara di peringkat universiti, kebangsaan dan juga di peringkat dunia. Tahun 2017 menyaksikan kejayaan ramai atlet/pelajar Universiti Malaya yang mencipta kejayaan di Sukan Sea Ke-29 di Kuala Lumpur.

“Pihak Pusat Sukan berbangga dengan kehadiran 14 atlit ini yang diharapkan dapat membantu kontinjen negara pulang dengan jumlah pungutan pingat terbesar buat negara sepanjang sejarah Sukan Komanwel,” kata Pengarah Pusat Sukan, Profesor Dr. Zulqarnain Mohamed.

Dari kiri-Dr. Zulqarnain, Elena Goh dan Ir Abdul Rahim.
Dari kiri-Dr. Zulqarnain, Elena Goh dan Ir Abdul Rahim.

Malam Anugerah Sukan UM telah diperkenalkan sejak sekian lama dan diberikan saban tahun kepada atlet UM demi menghargai jasa mereka yang mengharumkan nama negara di kejohanan peringkat kebangsaan dan antarabangsa sepanjang 2017 selain mengiktiraf pencapaian mereka yang luar biasa.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...