> TEMPAT LEPAK > Harry Potter buka kafe di Kelantan? Untungla orang Kelantan...
Harry Potter buka kafe di Kelantan? Untungla orang Kelantan...
Zalmimazura Zahari Khamis | 1 Februari 2018

Bila sebut kafe mesti terbayang ala-ala hipster kan? Mesti korang nak sesuatu yang lain dan unik. Kalau nak tahu, ada satu kafe baru berlokasi di negeri Cik Siti Wan Kembang. Namanya Hedwig Books & Cafe. Apa yang uniknya kafe tersebut berkonsepkan cerita Harry Potter. Tak percaya, jom kita layan cerita di bawah dan gambar-gambarnya yang ‘owesome’. Bagi korang yang duduk luar Kelantan, jom la pakat-pakat datang ke Hedwig Books & Cafe. Dengar kata makanannya semua sedap- sedap tau. Rugi kalau korang tak cuba.

Sebelum itu, kita berkenalan dengan pengusaha kafe iaitu Nurraiha atau lebih mesra dengan sapaan Raiha untuk ketahui dengan lebih lanjut tentang kafenya yang menjadi tular dan tumpuan masyarakat setempat.

Untitled 10
Nurraiha tidak menyangka kafe yang diusahakannya mendapat sambutan di Kelantan

“Sebenarnya idea untuk tubuhkan kafe ini tercetus sejak 24 tahun yang lalu, ketika saya masih menuntut di sebuah universiti di San Diego, California. Saya penggemar buku. Sebab itu sekembalinya ke tanah air, dan bekerja di Kuala Lumpur, saya mula mengumpul buku-buku. Saya sedar jika ingin memulakan perniagaan, saya perlu ada banyak buku yang pelbagai jenis”, katanya yang mengambil keputusan untuk pulang ke Kelantan pada 2005.

Kesedaran membaca

Pada 2009, Raiha memulakan perniagaannya sendiri dalam bidang pelajaran, dari situ dia melihat kurangnya kesedaran membaca di kalangan masyarakat. Lantas pada tahun 2017, Raiha melepaskan perniagaan dan memfokuskan pada pembangunan kafe buku.

“Untuk tampil kelainan, saya mengimpikan kafe yang berkonsepkan ‘classic library’ yang mana apabila pelanggan masuk ke kafe ini mereka seperti berada di era berbeza. Supaya lebih realistik, saya adaptasi rekaan mengikut cerita kegemaran ramai iaitu Harry Potter. Saya juga turut menyediakan props seperti jubah, tongkat magik, cermin mata dan skarf. Jadi pelanggan boleh bergaya seperti pelajar Hogwarts!”, katanya yang turut menyediakan ‘boardgames’ seperti scrabble edisi Harry Potter, snake & ladder (ular dan tangga), catur, Uno stacko dan sebagainya untuk kegunaan pelanggan.

Untitled 4
sudut pembacaan untuk mengisi masa lapang

bergaya dengan jubah Harry Potter

Kemudahan sebagai tarikan

Untuk keselesaan kemudahan wifi turut disediakan sebagai salah satu tarikan buat pengunjung. “Sebenarnya tak semua pelajar menggunakan wifi di sini. Ada juga yang dah bekerja melayari wifi untuk kegunaan kerja sampai berjam-jam pun ada. Bagi saya itu terpulang kepada kebijaksanaan masing-masing. Peluang hendaklah diberi kepada pelanggan yang baru masuk sekiranya kafe penuh. Setakat ini para pelanggan bijak menggunakan kemudahan wifi ini”, kata Raiha

Jadi tumpuan

Berlokasi strategik di hadapan Hospital Universiti Sains Malaysia, ia bukan sahaja menjadi tumpuan kakitangan hospital malah penuntut di sekitarnya. Menariknya ada diskaun 10 % ke atas untuk semua jenis minuman dan mereka hanya perlu menunjukkan pas pelajar yang sah.

Menariknya, kafe ini turut menyediakan makanan ringkas bersesuaian dengan konsep kafe buku. “Kami banyak menyediakan kek, pastri, pai, sandwic dan spageti pada harga berpatutan. Kebanyakan menu yang menjadi pilihan pelajar adalah ‘signature’ kek kami iaitu Hedwig Chocolate Cake dan spageti carbonara”, katanya.

antara menu yang popular di kafe ini

Selain bersantai sambil membaca buku, pelanggan juga boleh menyewa buku dengan kadar sewa harian yang rendah. Terdapat pelbagai jenis novel dalam bahasa Inggeris dan Melayu untuk dibaca.

sebagai tarikan permainan uji minda turut disediakan


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Dari luar cafe sudah boleh nampak kekemasan kayu pallet yang menghiasi di setiap ruang sudut dan perabot di Der Garage Bistro ini. Masakan tidak, dari kerusi, meja, dinding, tempat...
Seorang pelajar tahfiz tidak menyangka cita-citanya untuk bergelar qari berubah selepas mendalami ilmu automatif di Akademi Saga, di sini.Lukman Nurhakim Abdul Rahman, 20, malah...
Datuk Dr PB Ashok (Pengarah Pengurusan, Kolej Antarabangsa Cyberlynx) Ke mana arah tuju bola sepak?Kemungkinan besar inilah persoalan yang mungkin difikirkan kita sejajar...
Korang tau tak ada satu kafe yang terletak di Seksyen 9 Shah Alam, betul-betul di belakang stesen minyak Shell. Walaupun kedudukannya agak tersorok, tapi kafe tersebut sentiasa...
Belajar di kampus sesuatu yang sangat menyeronokkan, namun ada sesetengah daripadanya tertekan akibat tuntutan perbelanjaan semakin tinggi. Pun begitu, untuk mereka yang pandai...