> AKTIVITI KAMPUS > Bila kira-kira 500 orang bikin kecoh di Pusat Sukan HEP UTeM...
Bila kira-kira 500 orang bikin kecoh di Pusat Sukan HEP UTeM...
Wartawan Kampus Uols Isnin | 5 Februari 2018

Seawal pagi, orang ramai sudah mula memenuhi ruang Pusat Sukan, Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Teknikal Malaysia (UTeM), Melaka. Asalnya suasana sepi, namun bertukar 'kecoh' dan riuh-rendah, sementelah apabila kira-kira 500 orang mula berubah 'tingkah' diiringi muzik yang berkumandang.

Oooo... rupa-rupanya mereka menyertai acara Zumba sempena kempen 1 Staf 1 Sukan bagi kakitangan UTeM yang dilancarkan Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib.

Naib Canselor UTeM menyempurnakan Majlis Pelancaran 1 staf 1 Sukan.
Naib Canselor UTeM menyempurnakan Majlis Pelancaran 1 staf 1 Sukan.

Kempen ini adalah bagi melonjakkan budaya kecemerlangan sukan dan gaya sihat cergas di samping memupuk semangat dan mencungkil bakat kalangan kakitangan UTeM untuk beraksi cemerlang dalam setiap kejohanan sukan bukan sahaja dalam kalangan universiti malahan ke peringkat kebangsaan dan dunia.

Sebelum pelancaran, terlebih dahulu diadakan acara Zumba yang telah menarik minat kakitangan akademik, profesional dan kumpulan sokongan yang turut sama menyertai acara Zumba yang diadakan sebelum pelancaran kempen bermula.

Pertandingan Zumba yang diadakan sebelum majlis bermula.
Pertandingan Zumba yang diadakan sebelum majlis bermula.

Dalam majlis sama, turut diadakan penyampaian hadiah bagi Sukan Antara Jabatan (SAJ) yang telah berlangsung sepanjang tahun 2017 bagi 18 acara utama dipertandingkan seperti sepak takraw, petanque, bola jaring, futsal dan lain-lain lagi.

Di antara kakitangan UTeM yang menerima pingat bagi Sukan Antara Jabatan.
Di antara kakitangan UTeM yang menerima pingat bagi Sukan Antara Jabatan.

SAJ kali ini menyaksikan Pejabat Pembangunan UTeM mendominasi tempat pertama dengan pencapaian sebanyak 4 pingat emas, 3 pingat perak dan 2 pingat gangsa yang telah mempamerkan aksi-aksi cemerlang sepanjang kejohanan.

Sementara tempat kedua menjadi milik Pejabat Ketua Pegawai Maklumat yang terdiri daripada Pusat Perkhidmatan Pengetahuan dan Komunikasi, Penerbit Universiti dan Laman Hikmah (Perpustakaan) dengan pencapaian sebanyak 3 pingat emas, 3 pingat perak dan 3 pingat gangsa.

Kakitangan Pejabat Pembangunan bergambar bersama hadiah utama selepas majlis penyampaian hadiah sukan antara jabatan.
Kakitangan Pejabat Pembangunan bergambar bersama hadiah utama selepas majlis penyampaian hadiah sukan antara jabatan.

Manakala Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) menduduki tempat ketiga dengan mengutip sebanyak 3 pingat emas, 2 pingat perak dan 2 pingat gangsa sekali gus mewarnai dan memberi cabaran hebat kepada pasukan lawan sepanjang musim SAJ ini.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Bermula sebagai hobi seawal usia lapan tahun, siapa sangka dalam usia semuda 21 tahun, seorang pelajar mencipta sejarah sebagai wakil Malaysia pertama dalam menggalas cabaran di...
Bersempena Hari Terbuka 4.0 yang akan berlangsung pada 16, 17 dan 18 Mac ini, Universiti Selangor (Unisel) mengambil inisiatif menganjurkan Pertandingan Memancing Toman dan Pacu...
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di Durian Tunggal, AlorGajah memafaatkan kemudahan tasik yang dinamakan Tasik Gemilang dalam kampus induk itu menerusi aktiviti...
KUANTAN- Inovasi Literasi Muzikal Jasmania Peribumi yang dilaksanakan Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi Kebangsaan (PKPPK) Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tengku Ampuan...
Kontinjen Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), mampu mencabar! Itu keyakinan yang dilahirkan Naib Canselornya, Prof Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib apabila seramai 106 orang...
Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib bersama UTeM Xtream Cycling Team Staf (UTeM-XCT’s) turut bersama Pasukan Berbasikal...