> > Mahasiswa UMP imarahkan Ramadan bersama komuniti kampung
Mahasiswa UMP imarahkan Ramadan bersama komuniti kampung
MIMI RABITA, UMP Khamis | 16 Mei 2019

DALAM menghidupkan penghayatan di bulan Ramadan Universiti Malaysia Pahang (UMP) menganjurkan Program Iftar Perdana Mahasiswa dan Masyarakat yang merupakan salah satu program mendekatkan mahasiswa dengan komuniti.

Program dianjurkan Persatuan Mahasiswa Luar Kampus (PMLK) dengan mendapat kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA), Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Persatuan Penduduk Perumahan Makmur Gambang Jaya, Persatuan Staf Akademik UMP (PAKAD) dan Jabatan Bahasa Asing dan Jabatan Kemahiran Insaniah Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan (PBMSK).

Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Datuk Dr Yuserrie Zainuddin, program ini dilihat sebagai salah satu usaha untuk menjalinkan hubungan antara PMLK bersama masyarakat luar.

“Program ini sebagai salah satu platform yang baik kepada UMP dalam membantu mahasiswa luar kampus. Selain itu warga kampus dapat menjalinkan hubungan yang lebih mesra bersama masyarakat luar,” katanya.
Dr Yuserrie (dua, kiri) bersama sebahagian tetamu dalam Program Iftar Perdana Mahasiswa dan Masyarakat di Masjid Gambang baru-baru ini. (FOTO UMP)
Lebih menarik pihaknya menerima sumbangan bahan-bahan mentah termasuk ikan dan sayur-sayuran daripada pihak luar. Usaha ini adalah sebahagian daripada inisiatif UMP Campus Pantry dan MyGift UMP dilaksanakan universiti dalam mengumpul sumbangan yang dapat membantu mahasiswa memerlukan. Kini ia bukan sahaja dapat dimanfaatkan buat mahasiswa dalam kampus malahan luar kampus serta masyarakat setempat.

Sementara tu, menurut Ketua Jabatan Kemahiran Insaniah, Dr Rohana Hamzah, PBMSK yang juga penasihat PMLK, UMP amat mementingkan pembangunan diri mahasiswa secara holistik.

Oleh itu membangunkan kepimpinan mahasiswa luar kampus adalah satu keperluan memandangkan suasana kehidupan luar kampus yang lebih mencabar membuka ruang dan peluang kepada pembangunan jati diri mahasiswa UMP dalam kehidupan sebenar.

Mahasiswa dan staf UMP bergotong-royong memasak makanan berbuka puasa di salah sebuah rumah penduduk di Gambang. (FOTO UMP)
Secara tidak langsung PMLK boleh dijadikan platform untuk memasyarakatkan mahasiswa UMP dan menyediakan mereka sebagai pemimpin masyarakat apabila mereka tamat pengajian nanti.

Bagi Pengarah Program Iftar Perdana Mahasiswa Masyarakat, Muhd. Haziq Abdul Halim berkata, iftar ini dapat membantu para mahasiswa yang kurang berkemampuan dalam menyediakan juadah berbuka puasa. Malahan program juga mengeratkan silaturahim apabila dapat memasak juadah berbuka dengan bergotong-royong melibatkan mahasiswa bersama penduduk setempat.

Lebih 500 tetamu hadir dalam program iftar dengan juadah istimewa iaitu Ayam Masak Kurma, Ayam Masak Merah, Ikan Kerisi Goreng, Sayur Ulam, buah-buahan dan pencuci mulut.

Masyarakat kampung menikmati jamuan berbuka puasa yang dimasak secara bergotong-royong bersama mahasiswa UMP. (FOTO UMP)

Turut diadakan ceramah Ihya Ramadan yang disampaikan pensyarah UMP, Dr Mohd Suharmi Mat Jusoh.

Hadir sama Dekan PBMSK, Prof Madya Dr Muhammad Nubli Abdul Wahab; Ketua Balai Polis Gambang, SM Mohd Hanif Ahmad; Eksekutif Kanan Unit Kebajikan JHEPA, Azlina Abdul Mubin; Yang Di-Pertua MPP, Zakwan Zulkifle dan Ketua JK Taman Perumahan Makmur Gambang Jaya, Wan Esa Wan Mohd mewakili Jawatankuasa Kampung.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...