> SEL KL > Maybank, Nestle, Petronas majikan pilihan siswazah
Maybank, Nestle, Petronas majikan pilihan siswazah
BERNAMA Jumaat | 19 Oktober 2018

KUALA LUMPUR – Maybank, Nestle dan Petronas diumum sebagai majikan pilihan utama mahasiswa pada majlis Anugerah Pilihan Siswazah 2018.

Anugerah yang julung kali diadakan itu menyaksikan mahasiswa dari lebih 100 kampus di seluruh negara memilih jenama majikan pilihan mereka dari 360 syarikat yang dicalonkan dalam 10 kategori.

Petronas memenangi Jenama Majikan Siswazah Terbaik 2018 di bawah kategori kejuruteraan, manakala Maybank memenangi kategori perbankan dan Nestle dalam kategori produk pengguna laris (FMCG).

Pemenang lain termasuk AirAsia (kategori e-dagang), Sunway Group (hartanah) dan IKEA Malaysia (runcit).

AIA Bhd pula memenangi dalam kategori insurans, Shell Business Operations (perkhidmatan berkongsi), Microsoft (ICT) sementara PWC Malaysia (perkhidmatan perakaunan & profesional).

Lebih 400 tetamu dari institusi pengajian tinggi awam dan swasta, pemimpin pelajar dan wakil dari pelbagai organisasi korporat menghadiri majlis berkenaan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid. Ia dianjurkan oleh HRINCAMPUS.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Sektor Swasta) Kementerian Pendidikan Dr Mohd Nor Azman Hassan mewakili Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik, pada majlis penyampaian anugerah itu.

Mohd Nor Azman berkata GCA 2018 mengiktiraf kecemerlangan organisasi yang berusaha dalam merapatkan jurang antara industri dan akademik.

"Ini penting untuk mencapai komitmen kerajaan untuk mengubah sistem pendidikan Malaysia agar dapat bersaing dengan iklim industri global yang sentiasa berubah dan naik, katanya.

Sementara itu, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif HRINCAMPUS, Ben Ho berkata GCA 2018 mencatat kejayaan dengan penyertaan besar dari organisasi korporat dan universiti.

“Saya percaya ini menunjukkan para majikan memahami betapa pentingnya untuk mendekati pelajar dan mengambil siswazah baharu menjadi sebahagian daripada proses pengambilan pekerja mereka,” katanya.- Bernama


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...