> > UCSI meraikan pemuliharaan alam sekitar melalui Green Campaign
UCSI meraikan pemuliharaan alam sekitar melalui Green Campaign
ZULAIKHA ZUBIR, UCSI UNIVERSITI Jumaat | 21 Jun 2019

KUALA LUMPUR – UCSI University melancarkan program Green Campaign selama dua hari bermula 20 Jun di kampusnya yang mana pihak universiti menjadi hos kepada beberapa ruang pameran yang mempamerkan inisiatif yang bertepatan dengan Hari Alam Sekitar Sedunia.

Antaranya, pameran tumbuhan dalam pasu dan produkm lain yang juga mesra alam.

Menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad A Dahlan berkata, UCSI University merupakan contoh penubuhan swasta yang terbaik yang memainkan peranan untuk mencapai kelestarian masa hadapan.

"Saya difahamkan UCSI telah mengadaptasikan green corner hampir di setiap aras dalam bangunan kampus ini Universiti ini juga telah menjadi penganjur kepada Pertandingan Melukis Kebangsaan yang menggalakkan generasi muda di Malaysia untuk menunjukkan pandangan mereka terhadap Bandar Hijau (Green City).
"Ia bagi menimbulkan kesedaran akan kepentingan memulihara alam sekitar, bahkan universiti ini juga telah mencipta fesyen bunga raya terpanjang menggunakan kertas kitar semula sempena sambutan Hari Kebangsaan yang ke-62,” katanya.

UCSI turut menggunakan beberapa ciri-ciri hijau seperti lampu sensor gerakan di tempat parkir kereta dan pengasingan bahan buang.

Dalam usaha lain, Ng memberitahu bahawa plan bangunan baru dan projek pembinaan yang lain untuk tujuan peluasaan kawasan kampus juga mengambil kira amalan yang lestari.

“Hotel mewah milik kami di Kuching juga diiktiraf sebagai Penubuhan Index Bangunan Hijau.
"Ia melibatkan banyak tenaga bersih bagi memanfaatkan tenaga matahari untuk menghidupkan lampu jalan dan sistem pemanasan, menuai air hujan dan menggunakan aliran sungai dan angin ke suhu yang lebih rendah secara semua jadi,” katanya lagi.

UCSI, adalah universiti swasta terbaik Malaysia yang turut diiktiraf sebagai Pusat Kepakaran Serantau oleh Universiti Bangsa-Bangsa Bersatu yang mana UCSI diamanahkan bagi menjuarai Matlamat Pembangunan Lestari (UN’s SDG) di peringkat tempatan.

Buat masa ini, UCSI menumpukan kepada enam inisiatif berhubung Kualiti Pendidikan (SDG 4), Air Bersih dan Sanitasi (SDG 6), Bandar dan Komuniti Lestari (SDG 11), serta Kehidupan Darat (SDG 15).

Pelancaran program dirasmikan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad A Dahlan yang hadir dalam majlis berkenaan disertai kehadiran Pengasas Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif UCSI, Datuk Peter Ng.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...